Rabu, 12 September 2007

Penglihatan Renesa

Penglihatan Renesa
Oleh Renesa Smith

(Translated to Bahasa Malaysia by Ryan Lawson Guruak)


Saya mula mendapat penglihatan semasa usia saya 7 tahun. Saya membesar sebagai seorang Muslim tetapi setiap kali saya berdoa dalam bahasa Arab, saya langsung tidak pernah memahami apa-apa dan tidak pernah merasa kehadiran Tuhan sehinggalah saya berdoa dalam bahasa English sejurus sahaja saya habis berdoa dalam bahasa Arab. Kemudian saya mula melihat kehadiran Yesus di awan-awanan dengan tangan terbuka ke arahku. Saya kemudian mengalami penglihatan dalam mimpi apabila umur saya sudah 9, 10 tahun.

Tuhan juga memakai saya untuk menyembuhkan seorang wanita Jordan yang sakit ketika umur saya 19 tahun. Saya pergi ke rumahnya, saya nampak dia sangat kesaktian. Saya meletakan tangan ke tubuhnya yang sakit dan saya tanya adakah dia percaya Yesus dan jawabnya “Saya percaya akan disembuhkan”. Puji Tuhan! ketika itu juga kesakitannya tidak pernah lagi timbul”.

Pada umur saya 23 tahun saya didatangi Roh Kudus dan saya mula bercakap Kurnia Lidah. Saya dapat melihat bayangan wajah Kristus dan saya katakan kepada Yesus supaya dekatkan wajahNya dan dia tunaikan permintaan saya. Badan saya mula bergoncang seperti diselubungi demam panas, seakan-akan saya mula terbang. Saya kemudian melihat Yesus mendongak ke atas sedang melihat Allah Bapa. Kelihatan Bapa memakai mahkota emas dan ada cahaya terang ke arah seluruh tubuh Yesus. Saya merasakan saya dapat menyentuh Yesus seperti sebuah potret lukisan.


Kemudian satu penglihatan saya alami pada suatu ketika perjamuan kudus beserta 5000 orang. Saya berkata saya mahu lihat hati Tuhan, dan Dia perlihatkan wajahNya kepada saya. Kelihatan Yesus memakai Mahkota berduri dan airmata darah keluar. Dia kemudian mengamati setiap orang di situ dan dia memandang ke arahku dan berkata melalui pandangan mataNya bahawa Dia sangat mengasihi anak-anaknya tetapi mereka terus juga menyakiti Dia. Badan saya kemudian bergoncang apabila saya mengalami penglihatan ini.

_______________________________________________________

Ketika itu masih awal pagi dan baru saja saya bangun, apabila tiba-tiba sinaran cahaya putih terang dari setiap objek kalender tahunan itu menuju ke arah saya. Ia bermula dari Alkitab mula-mula ditulis. Setiap tarikh mewakili maknanya seperti pertempuran, peperangan atau bencana. Kemudian saya melihat tarikh-tarikh 1950-an, 1970-an, 1980-an, 1990-an, kemudian 2001,2002,2003, 2004, 2005, akhir sekali 2007 yang teramat terang, terang dari tahun-tahun yang lain dan tidak mewakili apa-apa peristiwa tetapi ada satu suara kecil kedengaran yang amat kuat sekali- itu suara Tuhan dan kataNya Dia akan datang kepada anak-anaknya. Bersedialah.

Saya tidak ingat ada melihat Tahun 2006 wujud atau tidak. Saya rasa tidak melihatnya.
_______________________________________________________

Setelah hampir setahun berlalu kemudian sekali lagi Tuhan memberi satu wahyu kepada saya, bukan satu tetapi ada 3 yang berlaku dan ini sudahpun diyakinkan oleh ahli-ahli dalam Kumpulan Gerakan Doa Syafaat di Gereja saya.

Pada 23 Julai 2006 saya bermimpi.Tuhan menunjukkan kepada saya akan muncul tidak lama lagi seorang yang sangat terkenal. Dalam mimpi saya itu, dia mempunyai dua bahagian rupa paras. Sebelah rupanya sangat cantik dan bercahaya dan sebelah lagi rupannya pula gelap dan terdapat cacing-cacing yang keluar. Dia sedang membuat rumah yang besar di merata tempat dan menarik ramai orang datang kepadanya. Dia mengadakan sebuah pesta keramaian rumah terbuka yang besar sekali tetapi roh saya tidak mahu masuk ke rumah itu, sebaliknya roh saya seakan-akan mahu lari jauh dan bersembunyi ke pergunungan tetapi Tuhan berkata kepada saya bahawa saya harus masuk juga ke rumah itu supaya anak-anak Tuhan yang lain dapat mengetahui apa yang telah saya lihat. Semasa saya masuk rumah itu saya disambut oleh seorang yang berpakaian hitam dan saya lihat ada cacing-cacing besar dilantai. Di luar rumah itu kelihatan cantik dan putih tetapi keadaan di dalam pula sangat kotor penuh dengan sifat kejahatan (syaitan). Saya terus melangkah masuk namun bunyi deringan telefon telah memberhentikan peristiwa itu. Tuhan memberikan saya jalan keluar sebelum berlaku sesuatu ke atas apa yang saya lakukan.

Tuhan memberitahu saya bahawa sedangkan orang yang dipilihNya juga boleh jatuh disesatkan pada hari-hari terakhir itu. Namun kata Tuhan mereka yang harus tinggal di dunia ini harus hidup seperti biasa dan sentiasa mencari kebenaran Tuhan lebih daripada segalanya, pasti Tuhan menyertai.

Pada 26 Ogos 2006, saya bermimpi sedang dicari oleh orang itu (orang dalam mimpi itu). Orang-Orang Kristian kemudian melarikan diri dan bersembunyi di pergunungan. Walaupun hidup dalam persembunyian namun kami mainkan musik pujian dan penyembahan dengan kuatnya. Kemudian saya dijumpai oleh Anti Kristus itu tetapi saya lari menyelamatkan diri dengan terjun ke sebuah sungai besar yang jernih. Selepas saya menyeberangi ke seberang sungai itu, kelihatan malaikat, seakan seperti ajen FBI datang dan menangkap Anti Kristus itu.

Tuhan menampakan ini kepada saya sebagai peringatan untuk masa Kesengsaraan Besar itu. Anak-anak Tuhan perlu tinggal bersama-sama dan lari bersembunyi daripada Syaitan yang akan mengambil-alih kuasa dunia ini tidak lama lagi.Walaupun dalam persembunyian tetapi anak-anak Tuhan yang percaya masih juga gembira dalam kebenaran dan Dia akan terus menyertai dan melindungi mereka daripada ancaman si Iblis itu.
_______________________________________________________

Pada 29 Ogos 2006, sekali lagi saya bermimpi berkaitan dengan persediaan untuk kedatangan Tuhan Yesus. Semua orang Kristian berkumpul di Gereja dan menanti peristiwa di mana Sistem Suria akan melanggar/jatuh ke Bumi. Kami tahu akan berlaku banjir, letupan dan kematian. Kami tidak merasa bimbang sebaliknya seakan-akan ada yang menakjubkan dan damai di langit. Kami tahu yang kami akan selamat dalam perlindungan Tuhan. Selepas kejadian ini, semua orang yang berada dalam Gereja selamat dan hanya sedikit sahaja air melimpah di lantai. Lalu kami keluar meninjau keadaan persekitaran dan kelihatan kesan kemusnahan tanpa ada benda tertinggal dan tidak ada mahkluk yang hidup kelihatan. Tuhan mengingatkan kepada saya jangan seperti di hari Kejadian Noh (Lukas 17:26-35).
Anak-anak Tuhan perlu bersedia!.
_______________________________________________________

Saudara Pembaca, Sila kongsikan dengan saudara lain kesaksian ini kerana Tuhan membimbing kalian. Semoga Tuhan memberkati saudara.


Puji Tuhan atas penglihatan Renessa yang ke-3 tentang akhir zaman. Saya harap setiap pembaca mengambil serius penglihatan-penglihatan ini. Pada bulan Oktober lepas saya telah menerima begitu banyak penglihatan tentang pengangkatan melalui e-mail, terutama daripada anak-anak kecil.

Dalam doa saya agar setiap orang dapat mengerti makna tentang penglihatannya dan diberkati dan digalakkan olehnya. Surat saya akan menyusuli Penglihatan Renessa:

-Choo Thomas,

Saya sangat teruja tentang apa yang Tuhan telah tunjukkan kepada saya minggu ini! Hari ini sudah dipasti 3 kali dalam persekutuan doa Syafaat dan saya tahu, saya akan menulis penglihatan ini kepada saudari (Mrs. Thomas). Mulanya saya terlihat air terjun dan sungai yang besar, sangat indah sekali. Kemudian saya terlihat cahaya. Saya merasa amat selesa dan aman dengan cahaya ini. Saya kemudian dipimpin mengikuti cahaya itu, untuk berbuat demikian saya terpaksa meninggalkan setiap orang yang ada bersama saya di situ. Saya mulai berjalan mendaki gunung dan jalannya amat sempit. Selepas berjalan tidak jauh kemudian pintu masuk yang saya tinggalkan kemudian tertutup. Di sana tiada jalan pusing balik, saya tahu saya harus terus berjalan ke depan untuk keluar di sebelah sana. Apabila saya sampai di puncak gunung itu saya semacam dikurung pada bahagian perut dalam situasi berselang-seli. Saya tak dapat duduk dan berdiri. Saya melihat atap putih dan landasan putih. Saya mulai panik dan berkata tiada siapa yang tahu saya di sini kecuali Bapa. Saya mahu keluar dari keadaan yang amat sukar itu. Tiba-tiba Malaikat muncul dan memberitahu saya perlu menyebut “7” dua kali dengan kuat sekali. Lalu saya berseru dua kali nombor “7” dalam Bahasa Turki “Yedi” “Yedi”!! (saya akan meninggalkan Turki bulan Disember ini) orang-orang dari puncak gunung itu kemudiannya keluar dan begitu gembira kerana saya datang. Mereka kemudian mengeluarkan saya dari kurungan itu dari bahagian sisi dan bukannya dari bahagian depan yang berkunci. Tuhan menyatakan kepada saya kenapa sedemikian terjadi. Anak-anak pilihanNya sedang disusun ke satu sisi pada masa ini dan mereka ini yang akan diangkat nanti. Pintu itu akan kemudian dibuka selepas 7 tahun masa Tribulasi (masa kesengsaraan) iaitu sewaktu kedatangan Tuhan kedua kali. Saya berkata “7” dua kali kerana itu adalah nombor penggenapan dan telah disebut dua kali bermaksud kepastian (Confirmation). Tetapi hanya Tuhan yang tahu. Saya baru mengetahui bahawa Tuhan menunjukan banyak sekali kepada mereka dengan mimpi dan penglihatan yang serupa kepada mereka yang sudah sedia dan menanti kedatanganNya. Puji Tuhan!

26 Oktober 2006, saya mengalami satu lagi mimpi tentang keadaan hati orang yang ditunjukkan kepada saya. Saya mulai melihat siapa mereka sebenarnya dan apa yang mereka percayakan. Saya amat kecewa pada salah seorangnya (yang mengaku sebagai Kristian) dalam penglihatan ini saya melontar sebuku roti kepada mereka dengan sekuat tenaga saya! ( itu adalah Perkataan) saya mempunyai segumpal roti bulat di atas meja saya. Saya kemudian mulai berjalan ke arah tengah pada tempat saya melakuka kerja dan saya semakin bertambah sedih dan kecewa kerana pendedahan Tuhan tentang hal ini. Saya berkata kepada Tuhan saya tak boleh lagi bertahan dengan keadaan seperti saya terkapai terbuang menerusi tingkap. Tetapi Malaikat muncul lalu berkata kepada saya sebanyak tujuh kali “Ini sebagai ganti kepada tujuan kamu yang telah dihantar ke sini”. Saya masih terus meninggalkan tetapi saya berhenti dan terlihat apa yang menanti jiwa-jiwa ini. Saya tahu saya perlu kembali dan membawa Kristus kemudian. Apabila saya kembali, Tuhan memberitahu kepada saya bahawa ini hanya untuk masa yang singkat sahaja dan Dia memberi ayat Alkitab seperti berikut terdapat dalam Filipi 3:17 (Saudara-saudara, ikutilah teladanku dan perhatikanlah mereka, yang hidup sama seperti kami yang menjadi teladanmu) Kita adalah terang dunia. Khabarkan Yesus kepada keluarga anda, kawan-kawan anda dan rakan sejawat anda! Dia akan datang segera.

Pada 30 Oktober 2006, tiba-tiba ada suara Tuhan yang amat-amat jelas, “Dua orang saksiKu itu akan saya hantar segera”.- (Lihat Wah 11:3-10)

-Renesa.

Haleluyah!!!mengenai Sister Renessa, saya sedar kenapa Tuhan memakainya dalam cara yang amat lain sekali. Dia mempunyai Iman sebagai Anak Tuhan. Apa-apapun Tuhan beritahu dan tunjukan kepadanya, dia tidak takut memberitahu kepada orang lain. Dia tidak ada kebimbangan apa juga yang dia terima daripada Tuhan adalah benar. Saya menyatakan di sini bahawa inilah tanda sebagai seorang Nabi sebenar.

Tidak seorangpun tahu bila hari atau jam kedatangan Tuhan Yesus sebab Dia akan datang seperti pencuri pada waktu malam. Dalam 1 Tesalonika 5:2. Dia berkata Dia akan datang kepada mereka yang sudah siap menanti kedatanganNya. Dia juga berkata harus berjaga-jaga tentang kedatanganNya.Begitu ramai meyangka bahawa sebelum pengangkatan dunia ini akan terbalik apabila Dia datang kepada kita seperti pencuri pada waktu malam. Pengangkatan akan terjadi apabila kita dalam keadaan relaks dan tanpa kita menyedari akan terjadi. Oleh sebab inilah kenapa kita harus berjaga-jaga bersedia sentiasa. Ingat, Tuhan akan mengangkat Anak pilihanNya ke surga untuk mengasingkan mereka dari melalui masa Tujuh Tahun Kesengsaraan (Tribulasi) itu. Puji Tuhan!.

Selepas 9/11, Tuhan memberitahu saya bahawa malapetaka yang terjadi di Dunia akan semakin hari semakin lebih buruk.

Saya sudah bersedia bagi pengangkatan setiap 24 jam sehari. Tidak kisah bagaimana penatnya atau sibuknya saya, Tuhan adalah pusat keutamaan dalam hidup saya. Untuk meletakkan Dia di tempat pertama dalam hidup saya dan melakukan kerja untuk Tuhan, saya mula tidur sekadar tiga jam atau kurang setiap malam selama ini dan sehingga sekarang saya masih amalkan. Meletakkan Tuhan sebagai yang pertama dalam kehidupan kita adalah tugas yang amat berat dari hal yang lain, tetapi Dia telah mati untuk kita supaya kita mendapat kehidupan yang kekal. Apakah kita juga boleh buat sebegitu baik untuk Tuhan?

Saya tidak berhenti-henti berdoa supaya Tuhan menerangi Roh setiap umat Kristian lebih dari sebelumnya. Ingat, sesiapa yang tertinggal dari pengangkatan, tidak kira apa yang akan terjadi, jangan sekali-kali menerima tanda nombot 666. Sekali anda menerima tanda/nombor ini, maka selama-lamanya sudah anda bukan dapat bersama dengan Tuhan melainkan sebagai milik si Iblis selama-lamanya dan dibakar ke dalam lautan api selama-lamanya. Inilah sebabnya kenapa Tuhan mahu betul saya katakan hal tanda nombor ini dalam video saya. Dia tidak mahu kita menerima tanda ini.

Saya melihat neraka dan mereka yang tertinggal dari pengangkatan dan dari hal ini saya tidak dapat berhenti berbicara tentangnya. Saya tidak mahu sesiapapun akan termasuk ke sana, hati saya pedih kepada orang Kristian suam-suam. Apabila saya berdoa, saya menangis dengan kuatnya kepada mereka ini. Saya harap semua Kristian yang suam-suam ini akan berbuat sesuatu untuk keselamatan mereka sebelum terlambat. Saya boleh rasakan kita sudah betul-betul berada dalam akhir zaman. Tuhan selalu mengingatkan tentang Hari Nuh. Baca Lukas 17:26 (Dan sama seperti terjadi pada zaman Nuh, demikian pulalah halnya kelak pada hari-hari Anak Manusia). Saya begitu sedih kerana subjek pengangkatan dan nombor 666 (tanda mengikuti Iblis, tanda binatang itu) begitu payah diberitahu/diajar di kebanyakan Gereja. Begitu ramai orang Kristian tidak tahu apa-apa tentang pengangkatan dan apa itu nombor 666. subjek tentang pengangkatan adalah suatu yang penting dalam penyelamatan kita sebab kita akan pergi bertemu Tuhan kita.

Bapa, saya mohon supaya Tuhan memberi kepandaian menilai dan kefahaman kepada semua hamba Tuhan. Berilah balas kasihan kepada mereka yang belum sedia untuk pengangkatan. Terima kasih Bapa, termulialah nama Tuhan Yesus. AMEN!!!

- Choo Thomas.

Source from : http://www.SpriritLesson.com